Warisan Kalah Kerana PSS?

7

Pada PRK KImanis, Barisan Nasional sekali lagi mengekalkan kemenangan kerusi tersebut. Dokongan dari bekas Ahli Parlimen Kimanis, Dato Seri Anifah Aman sememangnya memberi impak yang besar kepada kemenangan di Kimanis. Bung Mokhtar antara figurasi yang bersungguh-sungguh dalam memastikan Barisan Nasioanl mampu beroleh kejayaan. Ini dapat dilihat betapa gembiranya Bung sehingga menangis di saat mengumumkan kemenangan tidak rasmi di Command Center BN.

Lain pula ceritanya dengan Warisan. Sepanjang pemerhatian say di sana, dapat dilhat mereka bersungguh-sungguh menaburkan segala bentuk hadiah dan sogokan kepada pengundi. Pemberian wang ringgit, hadiah, cabutan bertauh mewah dan sebagainya bagaikan mencurah air ke daun keladi. Kenapa ini boleh berlaku?

Dapat dilihat satu pusingan U dilakukan oleh kepimpinan Warisan. Mereka mula membatalkan hasrat mereka untuk perlaksanaan Pas Sementara sabah (PSS) yang dikatakan satu isu besar yang tidak mampu mereka atasi sehingga menyebabkan kekalahan di KImanis. Adakah hanya PSS menjadi penghalang kemenangan Warisan? Jawapnnya tidak.

Orang Sabah sudah mulai Nampak perlakuan jelek Ketua Menteri sabah yang hanya mementinghkan kaum tertentu sahaja dalam apa jua hal berkiatan pentadbiran negeri. Bermula dari penjawatan sehinggalah kepada kebajikan. Rakyat melihat perkara ini bukanlah satu manifestasi yang mereka inginkan. Sudah tenggelam cogankata Sabah For sabahan kerana ianya dilihat satu momokan kosong untuk menadapatkan kekuasaan di kerusi empuk.

Azis Jaman, Timbalan Menteri Dalam Negeri begitu bersungguh-sungguh mempertahankan tindakan untuk melaksanakan PSS namun hari ini beliau diam seribu bahasa. Dalam siri ceramah Warisan, mereka menggentam BN yang dikatakan tidak faham kepentingan PSS dalam membantu Sabah dalam mengawal kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Apa yang menjadi persoalan, kenapa Ketua Menteri Sabah hari ini mengambil pendekatan membatalkan PSS?

Sudah terang lagi bersuluh, PSS dianggap ancaman utama Warisan dalam mengekalkan kekuasaan di Sabah. Isu-isu utama lain seperti pembangunan ekonomi, pendidikan dan social masih lagi tidak diambil berat oleh Warisan. Orang Sabah mahukan apa yang dijanjikan iaitu Royalti Petroleum, hak pentadbiran yang lebih esklusif dalam merancanakn pembangunan negeri mereka.

Mereka tidak mahu apa yang berlaku di Semenanjung menjadi beban kepada mereka. Itulah yang dilaungkan oleh Warisan sebelum PRU14.
Hari ini, Warisan hanya melihat PSS sebagai ancaman namun mereka juga perlu sedar bahawa tadbir urus mereka juga perlu diselarikan dengan manifesto PRU14 yang lalu.

Dengan kemenangan BN di Sabah, Rakyat mampu menarik nafas lega. Bukan sahaj orang Sabah, tapi seluruh Malaysia.

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here