Hari ini, jerat itu terbukti melukakan. Anak muda cukup tertipu dengan janji ini. Ini jelas apabila pihak yang tertipu telah menyaman PTPTN, Pakatan Harapan dan Kerajaan Malaysia.
Dapat dilihat satu pusingan U dilakukan oleh kepimpinan Warisan. Mereka mula membatalkan hasrat mereka untuk perlaksanaan Pas Sementara sabah (PSS) yang dikatakan satu isu besar yang tidak mampu mereka atasi sehingga menyebabkan kekalahan di KImanis.
Pada sisi lain, kadar turun mengundi (bagi pengundi Warisan) adalah lebih kurang dengan Pilihan-pilihan Raya Kecil yang lain, di mana hampir mustahil untuk semua pengundi mereka turun mengundi lagi. Ini menunjukkan usaha luar biasa BN berkempen dan menggerakkan pengundi hingga meraih kejayaan ini.