Penceraian Suatu Pilihan – Memilih Atau Dipilih

0

“Aku dah tak tahanlah dengan suami aku tu. Aku rasa bercerai lagi baik. Aku tengok kau lagi happy lepas kau bercerai.”

Ayat-ayat macam ni memang biasa saya dengar dari kawan-kawan yang mengalami masalah rumah tangga. Bila mereka membandingkan keadaan mereka dengan saya, mulalah mereka membuat andaian yang hidup saya lebih bahagia.

Hei ladies… Bahagia itu adalah kita yang memaknakannya. Bukan bila kita hidup sendiri atau bila kita hidup berpasangan. Apa yang boleh saya kongsikan adalah, dalam setiap perhubungan kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang dan sentiasa cuba membuat sesuatu untuk memperbaikinya.

Mana ada hidup yang sempurna kan? Kalau kita diberi peluang untuk berpasangan, kenapa setiap kali ada masalah kita mesti pilih untuk mengakhiri hubungan itu sedangkan kita ada pilihan untuk memperbaikinya. It’s our choice. But yes… Ia bukan usaha sebelah pihak saja, tetapi masing-masing kena ambil peranan.

Setiap kali ada kawan yang bertanya tentang penceraian, saya akan bertanya balik beberapa soalan kepada mereka.

Gelaran Janda – Sedia atau Tidak?

Pengalaman saya sendiri, sebelum bercerai dahulu saya fikir gelaran janda ini bukanlah satu masalah besar. Mungkin saya terlalu optimis dan bersikap terbuka. Hakikatnya masih ramai yang menganggap gelaran janda adalah sesuatu yang buruk. Kadang-kadang saya terfikir, apa masalah gelaran janda ni ya?.

Sampai semua perkara yang buruk dikaitkan dengan janda. Hei guys!! Wake up!! Kalian yang selalu membuat janda tu nampak buruk sehingga ada yang malu untuk mengaku dia janda, sedangkan dia menjadi janda adalah kerana keburukan pihak lain. Jadi sampai bila mahu jadikan janda ini sebagai bahan gurauan dan murah.

Kamulah ibu Kamulah Ayah

“Boleh ke kau jaga anak-anak sendiri? Sebelum ni suami kau tak tolong apa-apa langsung?”

Yes ladies, nampak mudah tapi amat perit nak membesarkan anak-anak tanpa seorang ayah. Kalau kita dapat bekas suami yang bertanggungjawab menyara anak, Alhamdulillah. Andai sebaliknya? Merana badan. Kita terpaksa berlagak menjadi seorang ayah yang kuat dan tegas, yang kena bekerja mencari nafkah menyara keluarga dan juga menjadi benteng dari dicerobohi.

Dalam masa yang sama, kita juga kena menjadi seorang ibu yang lembut dan penyayang untuk mendidik peribadi dan akhlak si anak. Kalian ingat mudah? Even saya sendiri sampai sekarang, dah nak masuk 5 tahun pun masih dalam fasa struggle.

Bijakkah Kita Mengawal Emosi Demi Anak-Anak

Wanita… selalu kalah dengan emosi. Jadi cukup kuatkah kita untuk melawan emosi sendiri dalam membentuk emosi anak-anak agar menjadi kuat dan tabah? Bila anak-anak tanya di mana ayah? Bila anak-anak tanya kenapa ayah tak boleh ada?.

Kita sebagai ibu yang hebat tidak boleh memburukkan ayah mereka. Kerana walau macam mana teruk pun bekas suami di mata kita, dia tetap seorang ayah yang perlu dijaga maruahnya pada anak-anak. Itu belum anak-anak diaju soalan oleh orang-orang sekeliling dan mereka mencari jawapannya daripada kita. Lalu bagaimana emosi itu untuk kita kawal dalam memperbaiki keadaan kita dan anak-anak.

Itu antara soalan-soalan yang selalu saya tanya bila ada kawan yang berura-ura dengan penceraian. Ia tak semudah yang kalian ‘rasa’ walaupun ia berkait rapat dengan rasa. Saya sendiri bertahan bertahun-tahun tetapi akhirnya jodoh telah tertulis untuk berakhir setakat itu saja.

Ada orang yang bertahan kerana anak-anak, tapi saya memilih alasan yang berbeza. Saya memilih untuk mengakhiri perkahwinan saya kerana anak. Melihat emosi dan psychology anak yang semakin terganggu, alhamdulillah pilihan saya untuk bercerai memperbaiki banyak keadaan. Itu pilihan saya, dan belum tentu ia pilihan yang tepat untuk kalian juga.

Saya tidaklah mahu mengajak semua orang untuk join the club, kerana saya tahu macam mana strungglenya menjadi seorang ibu tunggal dan ibu tinggal. Selagi sesebuah perkahwinan tu masih boleh diperbaiki, dipertahankan saya yakin mana-mana wanita pun akan terus bertahan dan menyimpan setiap sisi kesakitan dan pengorbanan tu sendiri, diam-diam dan dalam-dalam dilubuk hati mereka.

Tetapi kalau di akhirnya takdir tertulis perkahwinan itu berakhir, maka pilihan yang ada adalah menerimanya dan mulakan semua semula. Bagaimana? Saya pilih untuk kuat dan terus tersenyum. Mungkin bukan untuk diri sendiri tapi orang-orang di sekeliling saya.

Rujukan :

  • https://www.beritasteady.com/2019/06/18/rita-rudaini-beri-ucapan-selamat-hari-bapa-buat-semua-ibu-ibu-tunggal/
  • https://says.com/my/seismik/jenis-perceraian-dalam-islam
  • LEAVE A REPLY

    Amaran:
    Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
    Please enter your comment!
    Please enter your name here