Peminjam PPTPN dinoda dengan Sang Politikus

0

Manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 cukup jelas menawarkan pembayaran pinjaman hanya akan bermula selepas individu terlibat mencapai pendapatan RM4000 sebulan. Maka, berbondong-bondonglah anak muda termakan “jerat durjana” Sang Politikus yang akhirnya menumbangkan Barisan Nasional.

Hari ini, jerat itu terbukti melukakan. Anak muda cukup tertipu dengan janji ini. Ini jelas apabila pihak yang tertipu telah menyaman PTPTN, Pakatan Harapan dan Kerajaan Malaysia.

Bolehlah kita melihat sejuta alasan dari mereka yang disaman ini. Pihak PTPTN menyatakan itu bukan janji mereka. Pakatan Harapan pula berdolak dalik bahawa mereka sudah menyatakan dalam manifesto bahawa Rakyat boleh menolak PH jika gagal melunaskan janji. Ini dijadikan satu loophole untuk mereka cuci tangan dalam janji-janji mereka.

Manakala Kerajaan Malaysia beralasan bahawa mereka bukan PTPTN ataupun PH. Maka kerajaan sangat licik meloloskan diri mereka dalam hal ini.

Apa sudah jadi dengan peminjam PTPTN? Hutang tetap kena bayar, peluang kerja yang makin tiada harapan, kehidupan harian yang makin menghimpit dan menyesakkan nafas. Menteri yang fikir Gojet sedangkan mereka dahulu mengutuk pemandu Grab yang melakukan kerja tidak setaraf dengan pendidikan mereka.

Hari ini peminjam ini ditekan dengan teruk sekali dengan kos sara hidup yang semakin melambung. Kononnya GST penyebab harga meningkat sedangkan mereka berjoli sakan dengan SST yang mana kebanyakan black economy mereka kembali subur dan berkembang.

Bersabarlah kerana kita masih lagi perlu menapak naik turun bangunan syarikat untuk mencari kerja sedangkan Menteri berseronok main e-sport dalam pejabat.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here