Pembunuhan Jeneral Iran, Permulaan Perang Dunia Ketiga?

0

Pembunuhan Jeneral Tentera Revolusi Iran, Qassem Soleimani dalam serangan udara Tentera Amerika Syarikat (AS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad merupakan satu langkah berani pentadbiran Trump untuk memulakan peperangan secara langsung, walaupun sebelum ini peperangan secara tidak langsung atau ‘proxy war’ antara kedua-dua negara ini berlaku di Syria, Yaman dan kini Iraq yang melibatkan kumpulan bersenjata seperti Khataib Hezbollah di Iraq serta kumpulan Houthis di Yaman yang disokong oleh Iran.

Serangan udara oleh Amerika Syarikat ini dilihat sebagai satu tindakan yang mencabar Iran untuk memulakan serangan dan seterusnya mendapatkan alasan untuk dibawa kepada kongres serta Perikatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendapatkan lampu hijau bagi menyerang Iran.

Selain itu juga, Trump juga dilihat bergelut untuk mendapatkan sokongan selain ianya merupakan cara bagi beliau untuk terus kekal berkuasa serta meraih sokongan untuk pemilihan Presiden akan datang kerana beliau satu ketika dahulu pernah menghantar ‘Tweet’ di Twitter beliau mengatakan ‘Pentadbiran Obama akan menyerang Iran bagi mendapatkan sokongan pemilihan presiden’.

Serangan ini turut mendapat kecaman oleh Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi yang mengutuk serangan tersebut yang disifatkan mengundang bahaya kepada keselamatan Iraq selain mencabul kedaulatan negaranya dan ini tindakan ini boleh menyebabkan Iraq untuk lebih rapat dengan Iran berbanding Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, menurut laporan berita United Kingdom (UK), Tentera Udara Di-Raja telah mengerahkan pesawatnya ke Timur Tengah dan bersiap sedia kemungkinan tercetusnya perang dunia ketiga susulan serangan udara oleh AS terhadap Jeneral Iran, manakala tentera Israel turut berada dalam keadaan berjaga-jaga, Iran turut menyatakan kekesalannya atas serangan yang berlaku selain berjanji akan membalas serangan yang dilakukan.

Sekiranya perang dunia ketiga tercetus, pastinya Amerika akan melakukan kesilapan terbesar kerana dibelakang Iran terdapat kuasa besar lain seperti Rusia dan China yang pasti akan terlibat secara tidak langsung bagi mempertahankan sekutu mereka sama seperti yang berlaku di Syria.

Sudah pasti Syria, Iraq, Yaman dan Lubnan turut akan terlibat kerana seperti diketahui Presiden Syria Bashar Al-Assad merupakan sekutu kuat Iran selain Iran juga mempunyai pengaruh serta ‘proxy millitary’ di negara tersebut yang pasti akan melibatkan negara sekutu Amerika Syarikat seperti Israel dan Arab Saudi.

Keganasan pasti akan meningkat kerana Amerika Syarikat bukan sahaja mengejutkan Singa Parsi yang sedang tidur tetapi pengaruh mereka di seluruh dunia selain kumpulan-kumpulan bersenjata lain yang menentang AS seperti IS dan Al-Qaeda yang pasti akan mengambil kesempatan diatas kekacauan dan perang yang tercetus.

Ketegangan yang melanda ini turut akan dirasai dunia sekiranya ianya tercetus melalui perang dunia ketiga dan pastinya harga pasaran minyak dunia akan meningkat kerana Timur Tengah membekalkan 20 peratus eksport minyak dunia dimana negara kita kemungkinan besar akan menerima tempias terutama peningkatan harga petrol.

Sumber :

  • https://www.express.co.uk/news/world/1223489/iran-news-UK-military-british-army-iraq-us-airstrike-Qasem-Soleimani-ww3
    • https://www.reuters.com/article/us-iraq-security-blast/rockets-fall-on-baghdad-international-airport-injuring-several-people-security-unit-idUSKBN1Z11K8
      • https://www.washingtonpost.com/world/2019/12/31/these-pro-iran-militia-leaders-are-rabble-rousing-protesters-us-embassy-baghdad/
        • https://www.bbc.com/news/world-middle-east-50951742

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here