Malaysia Baru Dan Tahun Baru 2020

0

20 bulan kerajaan Pakatan Harapan berkuasa dan pelbagai harapan ditagih Rakyat. Ada Pak Menteri yang bersungguh-sungguh menyatakan mereka telah mencapai 50 peratus melunaskan janji mereka. Ya, macam betul tapi banyak lagi yang tidak betul.

Setelah kemenangan pada 9 Mei 2018, PH memainkan cerita “semua salah BN” yang mana boleh dilihat berlaku satu perasaan meluat di hati Rakyat yang diterjemahkan di dalam PRK Cameron Highland.

Maka makin menjadi-jadilah Rakyat menolak PH. Mereka sakit hati dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah diberikan oleh Pak Menteri. Tolonglah, Rakyat meluat.

Tiada siapa menjangkakan BN boleh tumbang setelah 60 tahun memayungi pentadbiran Malaysia. Tetapi janganlah pula kita gusar, kerana ramai Rakyat berkeyakinan bahawa Pakatan mampu mencipta rekod tersendiri, kerajaan sepenggal.

Malaysia Baru Dan Tahun Baru 2020

Kenapa begitu? Dasar yang dibawa oleh Pakatan Harapan jauh menyimpang daripada aspirasi Rakyat yang memilih mereka. Rakyat mahukan kos sarahidup, ekonomi dan masyarakat yang lebih harmoni. Namun apakan daya, janji Pakatan Harapan semuanya dusta.

Apa yang boleh digambarkan, Pakatan Harapan ini tidak ubah seperti Pak Abu dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Seronok dia gelakkan tiga pendekar yang tak kenal huruf, sedangkan dia lagi teruk dari itu.

Seronok Pakatan Harapan menghentam BN sebelum PRU14, hari ini ibarat pulang buah keras. Apa yang diprotes mereka dahulu, hari ini tidak ada satu pun yang mampu mereka realisasikan.

Malaysia Baru Dan Tahun Baru 2020

Untuk itu, pembuka bicara tahun baru 2020 adalah PRK Kimanis. Kita tidak mampu menjangkakan apa yang berlaku namun jika Rakyat menjadikan medan ini sebagai satu lagi referendum menolak segala dasar pentadbiran yang menyusahkan Rakyat, maka tidak hairan peristiwa Tanjung Piai berulang kembali.

Selamat Tahun Baru 2020, semoga kita semua terus berjuang dalam Restorasi Malaysia.

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here