Mahasiswa Hancurkan Seruan Politik Perpaduan

0

Disember 2018 Dewan Rakyat mencatat sejarah yang tersendiri apabila pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang membenarkan mahasiswa aktif berpolitik di dalam dan juga di luar kampus diluluskan dengan sebulat suara oleh barisan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Sebelum pindaan AUKU ini dipinda, mahasiswa masih lagi boleh untuk aktif berpolitik tetapi hanya di luar kampus sahaja.

Ramai rakan mahasiswa bersorak gembira selepas mendengar pindaan AUKU telah diluluskan Dewan Rakyat dan ada juga dalam kalangan mahasiswa yang kurang gemar dengan perkara tersebut. Mungkin tidak semua orang suka berpolitik, namun sebagai mahasiswa dan rakyat Malaysia sudah menjadi tanggungjawab untuk cakna dengan isu-isu semasa terutamanya politik Malaysia.

Pindaan itu membabitkan pemansuhan Seksyen 15(2)(c) AUKU yang menghalang mahasiswa terbabit dalam kegiatan politik di kampus, sekali gus memberi lebih banyak ruang dan kebebasan dalam bersuara serta berpolitik. Pindaan akta itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada ketika itu.

Menurut sumber Berita Harian, Disember 2018 Dr Maszlee ada menyatakan bahawa walaupun pindaan AUKU ini hanya melibatkan satu seksyen sahaja, namun secara langsung mampu untuk menghapuskan budaya takut yang membelengu mahasiswa dan juga memberi isyarat jelas kepada golongan mahasiswa bahawa mereka kini dilepaskan daripada rantai belengu itu. Satu kenyataan yang Berjaya membakar semangat jiwa-jiwa mahasiswa untuk terus berjuang dan tidak gentar untuk berpolitik.

Ada juga kenyataan daripada daripada RSN Rayer yang merupakan Ahli Parlimen DAP Jelutong pada sesi perbahasan yang menyatakan bahawa kebebasan politik yang diberikan kepada mahasiswa tidak boleh disalah guna oleh mana-mana pihak untuk memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, begitu juga dengan beberapa pemimpin lain yang menyatakan kenyataan yang sama.

Setahun sudah berlalu, ternyata nasihat-nasihat daripada pemimpin lantikan rakyat ini tidak diendahkan oleh mahasiswa. Ini jelas dan terbukti bahawa mahasiswa telah kotorkan pentas politik yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada mahasiswa. Kenapa perkara ini boleh berlaku?. Siapakah dalang si pemusnah politik perpaduan ini dan siapakah pemimpin mereka?

Mahasiswa sudah mampu untuk menilai bagaimana kebiadapan yang ditonjolkan oleh sesetengah individu ini yang menghancurkan politik perpaduan dalam kalangan mahasiswa. Contohnya, Wong Yan Ke yang bertindak melakukan protes terhadap Naib Canselor dengan memegang plakad protes di atas pentas konvokesyen.

Ini adalah satu tindakan yang memalukan Naib Canselor dan juga universiti. Namun kelakuan tersebut tidak menerima sebarang tindakan daripada pihak universiti disebabkan dia mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin parti politik.

Disebabkan hal seperti ini, kekecohan dalam kalangan mahasiswa telah berlaku lantas menyebabkan perpaduan dalam kalangan mahasiswa itu sendiri telah dirobohkan. Ada lagi beberapa isu yang menjadi penyebab kepada kehancuran politik perpaduan mahasiswa.

Sudah tiba masanya mahasiswa ini kembali ke jalan yang benar dan jadikan peluang berpolitik di dalam dan di luar kampus ini sebagai satu peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman serta memberikan manfaat kepada orang lain. Ketahui matlamat sebenar anda sebagai mahasiswa.

Musa dan Firaun ceritanya hebat,
Kisah Nabi mendakwah kerajaan yang angkuh,
Sebagai mahasiswa yang ingin capai matlamat,
Banyak halangan dan cabaran yang perlu ditempuh.

Rujukan :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/507721/pindaan-auku-diluluskan-sebulat-suara

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here