Indonesia Tersepit, China ‘Makan’ Pulau Natuna

0

Indonesia dibawah pentadbiran Jokowi kini menghadapi situasi getir berhubung situasi yang berlaku di Laut China Selatan di mana pertikaian sempadan yang dituntut oleh China. China yang telah menuntut sebahagian besar kawasan di Laut China Selatan serta telah ‘melukis’ sempadan mereka sendiri yang digelar ‘Nine-dash Line’ yang dianggap oleh Indonesia sebagai bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.

Baru-baru ini Indonesia telah meningkatkan perondaan di sekitar Pulau Natuna selepas sebuah kapal peronda pantai China menceroboh perairan Indonesia. Pencerobohan ini telah mengakibatkan Jakarta memanggil duta China untuk membuat bantahan rasmi berkenaan insiden ini.

Menjawab berkenaan isu ini, jurucakap Menteri Luar China berulang kali menegaskan bahawa ia mempunyai hak ke atas kedaulatan serta hak nya di Kepulauan Spartly serta kawasan lautnya yang diketahui cukup kaya dengan sumber minyak dan gas asli selain mempunyai sumber perikanan yang luas yang turut dituntut oleh negara Asean lain seperti Filipina, Vietnam, Brunei serta Malaysia.

Isu pulau Natuna ini dilihat bakal menjadi sesuatu yang memeningkan pemerintah Indonesia kerana China merupakan antara rakan perdagangan terbesar selain kebergantungan terhadap barangan dari China juga membuatkan pemerintah Indonesia lebih bersikap berhati-hati. Mengikut data dari Badan Pusat Statistik Indonesia pada 2018, Import dari China merupakan pengeksport terbesar dengan 28.49%.

Selain itu juga, pada awal 2019 lalu, pemerintah Indonesia juga telah bersetuju menjual projek-projek mega kepada China di mana projek melibatkan Inisiatif Jalur Sutera kedua yang melibatkan pelbagai projek perindustrian, perlombongan serta pengangkutan yang berkapasiti mega.

Indonesia turut membuat pinjaman kewangan dengan negara China di mana, menurut laporan Bloomberg pada 2019, Indonesia memerlukan lebih 400 Billion Dollar Amerika Syarikat bagi membangunkan projek-projek seperti lapangan terbang, kilang tenaga, serta infrastruktur lain yang penting selain menaik taraf infrastruktur semasa yang dilihat daif dan keterbelakang.

Indonesia juga berisiko tinggi untuk tidak mampu membayar hutang dan turut akan kehilangan aset-aset penting seperti apa yang telah berlaku terhadap pelabuhan di Sri Lanka di mana Kerajaan Sri Lanka tidak mampu membayar dan terpaksa memberi pelabuhan nya kepada China untuk menjelaskan hutang.

Penulis berpendapat, Indonesia seharusnya mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku terhadap Sri Lanka yang juga berpotensi berlaku di negara-negara lain terutama Indonesia, konflik yang terjadi ini seharusnya ditangani dengan lebih berhati-hati serta tidak terlalu bergantung sepenuhnya terhadap China yang kini telah menjadi negara yang semakin berkembang ekonominya selain kemajuan dicapai di dalam bidang teknologi dan ketenteraan yang dilihat sebagai perluasan kuasa di rantau ini.

Bagi isu di Pulau Natuna, walaupun Indonesia telah membantah serta menegaskan kawasan perairan yang dituntut oleh China adalah miliknya, tetapi jika China bertindak lebih agresif dan menghantar pasukan laut yang lebih besar dan kuat dikawasan yang dituntut nya, nescaya Indonesia pada suatu hari nanti akan mengambil pendekatan berbeza serta pemerintah akan berunding di mana Pulau Natuna walaupun tidak disebut oleh China sebagai hak nya secara langsung, tetapi mengikut ‘Nine-Dash Line’ atau peta yang dicipta China telah memasukkan kawasan kepulauan Natuna tersebut dan secara tidak langsung pasti China akan turut menuntut kepulauan ini sama seperti kepulauan Spartly.

Penambahan aset ketenteraan juga perlu diambil kira selain menempatkan pos kawalan serta meningkatkan rondaan bagi mengelakkan berlaku pencerobohan perairan serta mengelak dari terus ditindas dan dibuli oleh kuasa besar seperti China yang semakin rakus membuli negara-negara kecil.

Rujukan :

  • https://www.bloomberg.com/opinion/articles/2019-05-20/indonesia-s-infrastructure-debt-binge-follows-china-model.
    • https://www.reuters.com/article/us-indonesia-china-beltandroad/indonesia-asks-china-for-special-fund-under-belt-and-road-ministers-idUSKCN1TY1DU
      • https://www.cnnindonesia.com/ekonomi/20190320203641-92-379253/daftar-28-proyek-rp1296-t-yang-bakal-dijual-ke-china
        • https://www.cnbcindonesia.com/tech/20190710124813-37-83920/sederet-bukti-barang-china-semakin-banjiri-indonesia-raya
          • https://en.antaranews.com/news/136671/chinese-investment-in-indonesia-reaches-us23-billion
            • https://www.aa.com.tr/en/asia-pacific/tensions-rise-in-natuna-waters-between-indonesia-china/1690342
              • https://www.rfa.org/english/news/china/indonesia-natuna-01022020165115.html
                • https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2020/01/643453/indonesia-tolak-tuntutan-china-ke-atas-perairan-natuna
                  • https://news.detik.com/berita/d-4845241/klaim-natuna-china-ri-terima-atau-tidak-kami-berhak-di-situ?
                    • utm_source=facebook&utm_campaign=detikcomsocmed&utm_medium=btn&utm_content=news&fbclid=IwAR1GKtumppWLOs_70dAV3Ngc-oJmuhQhyBsjroG1v1dGK2a-PGOkpJ4B0_8
                      • https://www.bps.go.id/subject/8/ekspor-impor.html

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here