Drama Bersiri Netflix Messiah, Simulasi Keadaan Turunnya False God

0

Sebelum anda membaca ‘movie review’ ini, pastikan anda tidak kisah akan plot atau jalan cerita yang akan dibincang dan diceritakan di dalam penulisan ini.

Pasti ramai yang tidak senang dengan drama bersiri terbaharu dari Netflix ini yang pastinya sangat bertentangan dengan agama kita.

Tapi sekiranya kita buat review sikit berkenaan filem ini, ianya hanyalah sebuah cerita yang memaparkan situasi atau apa yang akan berlaku sekiranya seseorang individu dijadikan pujaan seperti tuhan.

Saya dah tengok filem ni dan dapati filem ini memaparkan betapa ganas dan jahatnya negara Zionist Israel yang menindas orang Islam selain lemahnya Iman orang Kristian yang mudah dipengaruhi sehingga sanggup menyembah demi kepentigan diri.

Di awal filem ini berlaku keadaan di mana Messiah atau Al-Massih (gelaran oleh orang Arab) ini dikatakan telah menewaskan Daesh/ISIS di Syria dengan menghantar ribut pasir selama sebulan dan membuatkan 2000 orang saksi percaya beliau adalah Nabi ISA yang turun di Syria.

Messiah ni menarik pengikut dia berjalan sejauh beribu kilometer tanpa makan dan minum menuju ke Baitulmaqdis, di sini Netflix cuba memaparkan betapa jahat dan kejam Israel menindas serta menghalang orang Arab di masuk ke Baitulmaqdis.

Tentera Israel, ejen Mossad ditonjolkan imej mereka sebagai lemah agama selain tidak mempercayai tuhan dan sering menggunakan kata kata kesat dalam percakapan berbeza dengan apa yang agama mereka ajar, Netflix ni nak cakap sini Zionist ni macam Komunis.

Dalam plot cerita ini, ejen CIA dari Amerika dan ejen Mossad dari Israel memainkan peranan penting dalam merisik serta mendapatkan maklumat berkenaan Messiah ni dari awal episod sehingga habis.

Waktu di sempadan Israel, ditunjukkan Messiah ni mampu menghidupkan budak kecil yang ditembak sehingga menimbulkan intifada kedua yang menyebabkan kebangkitan orang Arab menetang kekejaman Zionist.

Waktu ni lah menguji iman orang Islam termasuk 2000 pengikut dia untuk percaya atau tidak. Tetapi berlaku perdebatan antara orang alim di dalam kumpulan tu dan apabila Messiah ni tidak muncul dan membiarkan mereka kelaparan, separuh dari mereka telah hilang kepercayaan dan kembali kepada peganggan mereka, manakala separuh lagi masih menunggu dalam kelaparan dan kesejukkan.

Ketika itu Messiah ni telah berada di Texas Amerika Syarikat untuk menghalang seorang Paderi Gereja dari membakar gereja nya akibat tidak mampu membayar hutang serta.

Ketika itu puting beliung telah memusnahkan keseluruhan bandar kecil di Texas kecuali Gereja dan Messiah ni telah menyelamatkan anak Paderi ni dengan berjalan di dalam puting beliung.

Rakaman video mula tular di Internet menyebabkan ramai datang dari seluruh Amerika untuk menyaksikan ‘keajaiban’ ini, disini Netflix cuba memaparkan lemah nya iman orang Kristian di Amerika.

Paderi ni telah menjadi orang kanan Messiah dan telah membina tempat bagi sembahan terhadap Messiah ini. Ramai datang untuk mendapatkan bantuan termasuk merawat penyakit serta ingin menjadi kaya.

Tapi pada satu ketika Messiah ni keluar dan telah menembak seekor anjing yang sedang nazak yang membuatkan separuh dari pengikut yang hadir ke pekan kecil itu meninggalkan kepercayaan dan mengatakan ‘false god’.

Paderi yang bernama Felix tu kemudian menerima ‘arahan’ dari Messiah untuk membawa pengikut nya keluar dari bandar itu dan menuju ke timur yakni ke Washington D.C iaitu ibu negara Amerika.

Setiba gerombolan pengikut beliau ke D.C, Messiah ni telah menunjukkan yang beliau mampu jalan atas air dan disaksikan berjuta orang yang kemudian mempercayai yang beliau adalah tuhan.

Tapi CIA Mossad serta kerajaan US tetap tidak mempercayai dan telah merisik data tentang Messiah dan dijumpai yang Messiah ni adalah berasal dari Iran yang mempunyai abang serta mempunyai nama sendiri selain Messiah ni pernah masuk hospital mental dan sering menganggap diri dia adalah Messiah atau utusan dari tuhan.

Ejen Mossad ni sering ikut dia dari Israel sehingga ke US cuba untuk mencari kebenaran dan membuktikan Messiah ni adalah ‘false god’ dengan kerjasama CIA banyak yang dapat dikorek tentang Messiah ni.

Akhir sekali, bila rahsia Messiah ni terbongkar, maka ramai yang telah berpaling. Di sini Netflix cuba menunjukkan situasi apa yang akan berlaku sekiranya seorang manusia memiliki kuasa ajaib dianggap tuhan.
Manakala di Timur Tengah, keajaiban seorang budak yang menjadi pengikut setia Messiah merempuh masuk sekatan Israel dengan tidak berpakaian berjalan tanpa dihalang oleh tentera Israel telah menjadi inspirasi di dunia Arab untuk bangkit melawan Israel.

Manakala kehadiran Messiah serta keajaiban budak ni telah menggalakan kumpulan radikal yang percaya Messiah ini adalah Dajjal dan bukan ISA merancang untuk mengebom Masjid dimana budak yang ajaib ini telah disediakan skrip untuk menyalakan api penentangan terhadap Israel dan untuk membebaskan Palestin.

Dan akhir sekali Messiah didedahkan kepada dunia sebagai penipu dan hilang begitu sahaja, kerana telah diculik oleh ejen Mossad tapi pesawat yang membawa mereka telah ditembak oleh US, Messiah tidak mati tapi telah menghidupkan ejen Mossad ni yang terus sujud sembah dekat Messiah ni. The End.

Tergantung dekat situ bagi musim 1 filem siri ini, diharap penonton agar tidak mempercayai atau taksub kepada filem ini, tengok boleh percaya jangan

Filem ini memaparkan keadaan di negara-negara seperti Syria, Jordan, Palestin, Amerika Syarikat di mana seperti dihurai di awal penulisan, Netflix sangat berhati-hati dalam memaparkan kepercayaan agama Islam dan tidak terlalu menonjol berbanding dengan agama Kristian yang dipaparkan sebagai lemah pegangan agama mereka serta orang Israel yang digambarkan kejam dan tidak mempercayai agama.

Sumber:

  • Tontonan musim satu dari episod satu sehingga 10.
  • https://www.netflix.com/my/title/80117557
    • https://www.forbes.com/sites/paultassi/2020/01/06/does-netflixs-messiah-make-al-masih-jesus-christ-a-fraud-or-the-antichrist/#159974bf1dc3

    LEAVE A REPLY

    Amaran:
    Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
    Please enter your comment!
    Please enter your name here