Dong Zhong, 3 Muka Surat Dan Cuba Main Api

0

Dong Jiao Zong merupakan salah satu pertubuhan yang menggunakan Bahasa Cina sebagai nama gelaran. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia Persekutuan

Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang mana gabungan tersebut dikenali sebagai Dong Jiao Zong sebenarnya lebih aktif dalam menguruskan Sekolah Swasta atau Persendirian Cina di Malaysia.

Matlamat pertubuhan ini kononnya adalah untuk memelihara kebudayaan dan pendidikan Cina serta memberi bekerjasama kepada kerajaan untuk memajukan lagi pendidikan Cina dalam negara dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah tenaga pengajar seperti gaji yang rendah serta keselamatan mereka.

Dong Zhong, 3 Muka Surat Dan Cuba Main Api

Apa yang dapat dilihat dalam situasi hari ini, nilai keharmonian Malaysia seolah-olah diketepikan dek kerana perjuangan mereka yang dilihat seperti tidak ada kebersamaan dalam perpaduan masyarakat majmuk yang menjadi tunjang serta teras kepada Malaysia.

3 Muka Surat

Sudah lama Dong Jiao Zong tidak terdengar di telinga rakyat sehinggalah baru-baru ini apabila timbulnya isu tulisan jawi yang menyebabkan mereka berani untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya.

Hari ini di zaman selepas peralihan kerajaan yang baru di bawah kerajaan Pakatan Harapan, mereka mula berkeras dalam memperjuangkan isu yang terpencil kononnya demi sekolah mereka yang menolak untuk menerima silibus pendidikan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan berkenaan tulisan Jawi yang terdapat di dalam buku teks.

Pada awalnya, mereka menolak keras cadangan memasukkan pengenalan tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu bagi murid Tahun 4 sekolah vernakular dan akhirnya hanya 3 muka surat sahaja dalam silibus baru yang mempunyai tulisan jawi yang pada asalnya 6 muka surat.

Dong Zhong, 3 Muka Surat Dan Cuba Main Api

Entah lembaga apa yang merasuk mereka sehinggakan tidak boleh langsung ada tulisan jawi yang merupakan ilmu asas untuk Jata Negara, wang ringgit Malaysia dan setem. Apa sebenarnya yang mereka lawan? Tulisan Jawi atau ada agenda lain?

Cuba Main Api

Apa yang dilihat isu sebenarnya bukanlah mereka menolak Tulisan Jawi semata-mata, tetapi mereka menolak serta lawan sebarang pendidikan yang membentuk perpaduan dan keharmonian di Malaysia. Sifat Assobiyyah yang mereka terapkan ini sebenarnya tidak menguntungkan masyarakat.

Saya secara peribadi melihat mereka cuba bermain api dengan isu yang terpencil. Jika mereka berjaya, tidak mustahil akan banyak lagi agenda-agenda yang akan disusun untuk diperjuangkan. Ini bukanlah kali pertama Dong Jiao Zong melakukan perkara seperti ini.

Dong Zhong, 3 Muka Surat Dan Cuba Main Api

Saya memberi saranan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan rancangan Sekolah Wawasan yang mana masalah perkauman atau Mandarin Only tidak akan wujud lagi.

Rujukan

  • https://www.malaysia-today.net/2019/12/15/dong-jiao-zong-anjur-persidangan-pertubuhan-cina-bantah-tulisan-jawi/
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Dong_Jiao_Zong
  • https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/633016/mahkamah-benarkan-pembelajaran-jawi-di-sekolah-cina-tamil

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here